Isnin, 23 Februari 2015
tips2 sebelum ambik result peperiksaan
Aduhai takutnya result SPM dh nk keluar,jantung ni dh mcm nk meletup dh.Berapa lah result aku nanti,harap2 la dpat result yg comel mcm orang dia,hihihi puji diri sendiri nampak.Cool down & tak yah nak stress2 sangat,satgi jadi lain lak.Untuk mengurangkan kekusutan yg ada dalam kepala yang semakin menyemak ni,kat bawah ni ada berapa tips yang nak dikongsi bagi meredakan kerisauan dan ketakutan dan juga segala ke yang berkaitan dgnnya.Malas cakap banyak kita stop dulu,klau tulis banyak2 pun bukan ada orang baca.
Tips-tipsnya
1. Sebelum keluar rumah minta maaf dari ibu bapa korang. Salam diorang dan minta supaya mereka doakan korang dapat keputusan yang baik.
2. Sentiasa berselawat dan berzikir supaya hati kita tenang dan akan bersyukur keputusannya nanti.
3. Kalau boleh tu datang awal. Bukan apa nanti kalau korang terlewat korang sorang-sorang yang kene ambil. Tak ketakutnya namanya tu. Sekurang-kurang kalau datang awal boleh la ambil dengan kawan-kawan yang lain.
4. Perut korang kene diisi dengan makanan ok. Buat korang dapat keputusan teruk ini boleh mengelakkan korang supaya tidak pengsan kerana terkejut.
5. Jangan gelojoh nak ambil result. Jumpalah guru-guru dulu, rakan-rakan yang dah lama tak berjumpa lepas habis sekolah dulu. Minta maaf dari mereka sama.
6. Ambil keputusan dengan tenang. Jangan tunjuk muka korang yang tengah gelabah tu ok
7. Banyakkan berdoa supaya Allah akan memberikan keputusan korang dengan baik.
8. Sesudah dapat result, ucapkan perkataan Alhamdulillah kalau keputusan korang baik dan kalau keputusan korang kurang baik, baliklah rumah dan tenangkan diri. Anggap itu bukan rezeki korang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan