-->
Cerita Jari Jemari

Di mana cerita bermula..

Rabu, 18 Mac 2015

Bahasa Melayu Kedah Ulu

Salam senyum,Sapa kata bahasa baling ni bahasa yang teruk.Excuse me buat pengetahuan sapa2 yang dok kutuk bahasa baling jangan dok buat perlekeh nah dalam wikipedia pun ada tau pasal bahasa baling ni.Ni apa yang aku dapat daripada wikipedia,Bahasa Melayu Kedah Hulu atau juga dikenali sebagai "Basa Ulu" atau "Cakak Ulu" ini merupakan salah satu dialek dan loghat yang dituturkan masyarakat Malaysia di Negeri Kedah di daerah Baling, Sik dan Padang Terap. Di katakan orang Melayu di Daerah Baling dan Sik di Kedah dan di Daerah Hulu Perak (Gerik, Pengkalan Hulu, Lenggong, Selama), adalah berketurunan Melayu Patani yang melarikan diri dari Patani sekitar abad ke 18 akibat peperangan antara kerajaan Melayu Patani dan Siam. Kawasan-kawasan tersebut secara geografinya bersempadan dengan negara Thai. Orang Patani adalah serumpun dengan orang Kelantan, jadi mereka mempunyai dialek Melayu yang sama. Maka tidak hairanlah jika dialek Melayu di Hulu Kedah dan Perak itu hampir menyamai Bahasa Melayu Pattani, Bahasa Melayu Kelantan dan Bahasa Melayu Terengganu juga Bahasa Melayu Perak Ulu. Perbezaan antara kedua-dua dialek itu berlaku disebabkan oleh faktor masa dan jarak tempat setelah hampir 200 tahun. Hakikatnya, mereka adalah orang-orang yang berasal dari rumpun yang serupa. Dialek ulu ini juga sebenarnya dituturkan oleh penduduk-penduduk di beberapa kampung di Batu Kurau sehinggalah di Bukit Gantang.
Loghat Bahasa Kedah Ulu ini telah meresap dan bercampur perkataan dari Bahasa Melayu Kedah dan Bahasa Siam, maka ianya berlainan sedikit dari Bahasa Induknya iaitu Bahasa Melayu Pattani atau Bahasa Melayu Kelantan. Tetapi ianya juga agak sama dengan Bahasa Melayu Terengganu dan Bahasa Melayu Perak Ulu.
Contoh Perkataan:
Muka tepoh = Simpang tiga
Terekong -= Terkam
Jeromoh = Jumpa
Khomoh = Pengotor
Jukhey = Hujung (merujuk kepada bahagian tepi jemuran)
Jemorang = Pelantar
Plasa = Pangkin
Tebeng = Sengaja
Jueh - Bibir Mulut bawah terkeluar
Kesik - Takut
Rocoh - Cucuk
Tusuk - Sembunyi
Keliyek - Yang lembut/melekat seperti bancuhan tepung ubi
Kheng - Tahan
Terepa - Meluru
Kelero - Mundar mandir
Rophong - Tiada gigi
Jaong - Mendung
Seloteng - Comot/penuh dgn kotoran
Cokeh - Cungkil
Kothok - Pendek
Berjegel - Berjaga
Kerosek/merokeh - cari
Lepa - Ralik/leka
Hok - Tercekik
Khek - Luah
Besilirk - Banyak
BUDAK KEDAH MEMANG AWESOME..
Dicatat oleh Nuriz Safa di 8:42 PG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

.

.
Instagram

TUAN PUNYA BLOG

TUAN PUNYA BLOG
NUR IZZATI AFANDI
18 YEARS OLD
FB:https://www.facebook.com/nurizzati.afandi
INSTAGRAM:https://instagram.com/nurizzatiafandi/
[close]

Blog Archive

  • ▼  2015 (12)
    • ▼  Mac (10)
      • Ujian Kelayakan Calon Guru IPG
      • Cepatnya masa!!
      • GOT7 JACKSON PNG
      • KARA YOUNGJI PNG
      • Bahasa Melayu Kedah Ulu
      • Kedah ala2 negAra jepun
      • JACKJI MOMENT FANART
      • Usaha tangga kejayaan..
      • Sambung mengaji..sambung mengaji tapi kat mana..
      • bahasa kita kebanggaan kita
    • ►  Februari (2)

Bloglist

  • IcySnoWhite
    Menjelma Kembali
  • Cerita Jari Jemari
    Cepatnya masa!!
  • Diya Ariana
    Lama Tak Update Blog
  • Izzah Punya Story
    Jutaan Terima Kasih Kepada
  • ♥ Azza Afdzal ♥
    Wordless Wednesday # 25 ( Hampir Sebulan Dah Kahwin Sekarang Baru Nak Upload Gambar)
  • Capital H ! ツ
    Freebies : Background ( Kotak-Kotak )
  • Annyeonghaseyo ! Saranghamnida !
    Lee Teuk, Hyo-Rin: Isn't our baby PREETY?

Followers

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.
Tema Awang-gemawang. Imej tema oleh enjoynz. Dikuasakan oleh Blogger.