-->
Cerita Jari Jemari

Di mana cerita bermula..

Jumaat, 27 Mac 2015

Ujian Kelayakan Calon Guru IPG

Salam senyum,hola holi guess who's back.La ni aku nak share my happiness.Alhamdulillah,nama aku tersenarai jugak dalam Ujian Kelayakan Calon Guru(UKCG) rasa dup dap dup dap ja jantung ni..Nanti dia ada dua ujian salah satunya ujian bertulis satu lagi ujian kecergasan.Cuma yg x bestnya bagi aku sangat2 nk kena buat ujian kecergasan,nak kena lari la,tekan tubi la dah la aku jenis orang yg kurang minat sukan badan pun macam tong drum alamatnya lari nanti terkedek-kedek macam kura2 naik malu la terpaksa la diet nak bagi turun berat badan yg teramat sangat ni.Walaupun apapun pun yg terjadi aku ku tempuh lautan cabaran aghar aku bisa mengapainya.hihihi macam mana ayat ada mirip ngan sasterawan negara x,hek eleh perasan ja lebih.Aku berharap sangat aku lulus ujian ni,next temuduga pulak yg aku nk kena fikir..klau ada rezeki jd cikgu la aku..yeyeyeye..Salah satu sebab aku nak sangat jd cikgu sebab arwah tokwan aku.Dia selalu cakap kat aku,kaklong bila habis SPM mintak jadi Cikgu,jadi cikgu pahala dia banyak,Masa dia ada,dia la kawan baik aku,tokwan aku yg the best in the world.Aku suka sangat  klau dia dapat tengok aku jadi cikgu,tapi Allah S.W.T sayang dia lebih lagi daripada aku.Aku akan buat sehabis baik,Insha Allah sampai aku dapat jadi cikgu seorang yg berdedikasi.tangkap leleh pulak,takpa takmau sedih2 kita yg hidup mesti teruskan tapi  sebelum tu aku nak share sikit entri pasal contoh soalan n panduan UKCG  .BUDAK KEDAH MEMANG AWESOME


Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) untuk Kemasukan ke IPG

Ujian kelayakan calon guru (UKCG)
panduan ujian kelayakan calon guru untuk kemasukan ke ipg


A - Sesi ujian bertulis.
Terdapat 2 bahagian, ianya terdiri daripada bahagian A dan bahagian B yang perlu dijawap dalam tempoh masa 45 minit oleh calon.

B- Sesi ujian kecergasan fizikal
Semua calon wajib menjalani ujian kecergasan fizikal. Di mana calon yang memilih pendidikan jasmani sebagai opsyen pertama (1), atau kedua (2) mesti menjalani ujian amali pendidikan jasmani. Dan MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan .


SESI TEMUDUGA
Temuduga maktab perguruan hanya bagi calon yang berjaya dalam UKCG. Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG. Calon yang memohon Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi temu duga.

PEMILIHAN 
Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

Panduan penting UKCG
Bagi ujian bertulis, calon mestilah bersedia untuk menjawab soalan Kuantitatif, Bahasa Inggeris, INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), Analitikal dan Verbal.

Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) Maktab Perguruan. Bagi mereka yang bakal menduduki UJIAN KELAYAKAN CALON GURU untuk memasuki Institut Pendidikan Guru atau IPG, berikut adalah Contoh Soalan INSAK untuk Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Soalan INSAK lebih menjurus kepada soalan untuk menguji inventori sahsiah guru yang merangkumi kejujuran, tanggungjawab, ikhlas, amanah, dan sifat-sifat terpuji yang harus ada pada seorang guru.


Contoh Soalan UKCG

UJIAN KELAYAKAN CALON GURU terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu :

A. SESI UJIAN BERTULIS. 

√ Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.


B. SESI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL . 
√ Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal. 
√ Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali 
Pendidikan Jasmani.
√ Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan 

C. SESI UJIAN AMALI. 
√ Calon yang memohon Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi UKCG. 

3.  SESI TEMU DUGA 

√ Calon yang lulus UKCG akan dipanggil untuk sesi temu duga. 

√ Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG. 

Contoh Soalan UKCG
1)  Isu PPSMI-setuju/tidak dimansuhkan?kenapa? 
2) PIPP – apakah yang dimaksudkan dengan sekolah kebangsaan,bagaimana untuk memperkasa sekolah kebangsaan, baca secara ringkas dan fahami setiap elemen dalam PIPP 
3) 1Malaysia - apakah slogan, konsep, ada dua aspek iaitu teras perpaduan dan nilai aspirasi, teras perpaduan terdiri daripada penerimaan. keadilansosial, prinsip kenegaraan.nilai aspirasi antaranya kebijaksanaan,kesetiaan,….apa beza 1Malaysia dengan Malaysian Malaysia. 
4) Sila hafal nama menteri-menteri terutama menteri pelajaran, timbalan menteri pelajaran, ketua pengarah pelajaran. 
5) Apakah cabaran guru? 
6) Simple question-kenapa minat jadi cikgu? 
7) Apa beza sekolah cluster, sekolah wawasan dgn sekolah bestari 
8) Siapakah bapa pembangunan, pemodenan, kemerdekaan 
9) Sanggupkah kalau kamu akan dihantar ke Sabah atau Serawak atau sekolah luar Bandar yang serba kurang. 
10) Pandangan anda berkenaan dengan isu semasa terutama isu yang berkaitan dengan perguruan. Contohnya isu PPSMI.











Sumber:

Nota Peringatan: Soalan ini bukan soalan sebenar, sekadar perkongsian dan panduan sahaja.

Dicatat oleh Nuriz Safa di 7:23 PG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

.

.
Instagram

TUAN PUNYA BLOG

TUAN PUNYA BLOG
NUR IZZATI AFANDI
18 YEARS OLD
FB:https://www.facebook.com/nurizzati.afandi
INSTAGRAM:https://instagram.com/nurizzatiafandi/
[close]

Blog Archive

  • ▼  2015 (12)
    • ▼  Mac (10)
      • Ujian Kelayakan Calon Guru IPG
      • Cepatnya masa!!
      • GOT7 JACKSON PNG
      • KARA YOUNGJI PNG
      • Bahasa Melayu Kedah Ulu
      • Kedah ala2 negAra jepun
      • JACKJI MOMENT FANART
      • Usaha tangga kejayaan..
      • Sambung mengaji..sambung mengaji tapi kat mana..
      • bahasa kita kebanggaan kita
    • ►  Februari (2)

Bloglist

  • IcySnoWhite
    Menjelma Kembali
  • Cerita Jari Jemari
    Cepatnya masa!!
  • Diya Ariana
    Lama Tak Update Blog
  • Izzah Punya Story
    Jutaan Terima Kasih Kepada
  • ♥ Azza Afdzal ♥
    Wordless Wednesday # 25 ( Hampir Sebulan Dah Kahwin Sekarang Baru Nak Upload Gambar)
  • Capital H ! ツ
    Freebies : Background ( Kotak-Kotak )
  • Annyeonghaseyo ! Saranghamnida !
    Lee Teuk, Hyo-Rin: Isn't our baby PREETY?

Followers

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.
Tema Awang-gemawang. Imej tema oleh enjoynz. Dikuasakan oleh Blogger.