-->
Cerita Jari Jemari

Di mana cerita bermula..

Jumaat, 27 Mac 2015

Ujian Kelayakan Calon Guru IPG

Salam senyum,hola holi guess who's back.La ni aku nak share my happiness.Alhamdulillah,nama aku tersenarai jugak dalam Ujian Kelayakan Calon Guru(UKCG) rasa dup dap dup dap ja jantung ni..Nanti dia ada dua ujian salah satunya ujian bertulis satu lagi ujian kecergasan.Cuma yg x bestnya bagi aku sangat2 nk kena buat ujian kecergasan,nak kena lari la,tekan tubi la dah la aku jenis orang yg kurang minat sukan badan pun macam tong drum alamatnya lari nanti terkedek-kedek macam kura2 naik malu la terpaksa la diet nak bagi turun berat badan yg teramat sangat ni.Walaupun apapun pun yg terjadi aku ku tempuh lautan cabaran aghar aku bisa mengapainya.hihihi macam mana ayat ada mirip ngan sasterawan negara x,hek eleh perasan ja lebih.Aku berharap sangat aku lulus ujian ni,next temuduga pulak yg aku nk kena fikir..klau ada rezeki jd cikgu la aku..yeyeyeye..Salah satu sebab aku nak sangat jd cikgu sebab arwah tokwan aku.Dia selalu cakap kat aku,kaklong bila habis SPM mintak jadi Cikgu,jadi cikgu pahala dia banyak,Masa dia ada,dia la kawan baik aku,tokwan aku yg the best in the world.Aku suka sangat  klau dia dapat tengok aku jadi cikgu,tapi Allah S.W.T sayang dia lebih lagi daripada aku.Aku akan buat sehabis baik,Insha Allah sampai aku dapat jadi cikgu seorang yg berdedikasi.tangkap leleh pulak,takpa takmau sedih2 kita yg hidup mesti teruskan tapi  sebelum tu aku nak share sikit entri pasal contoh soalan n panduan UKCG  .BUDAK KEDAH MEMANG AWESOME


Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) untuk Kemasukan ke IPG

Ujian kelayakan calon guru (UKCG)
panduan ujian kelayakan calon guru untuk kemasukan ke ipg


A - Sesi ujian bertulis.
Terdapat 2 bahagian, ianya terdiri daripada bahagian A dan bahagian B yang perlu dijawap dalam tempoh masa 45 minit oleh calon.

B- Sesi ujian kecergasan fizikal
Semua calon wajib menjalani ujian kecergasan fizikal. Di mana calon yang memilih pendidikan jasmani sebagai opsyen pertama (1), atau kedua (2) mesti menjalani ujian amali pendidikan jasmani. Dan MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan .


SESI TEMUDUGA
Temuduga maktab perguruan hanya bagi calon yang berjaya dalam UKCG. Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG. Calon yang memohon Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi temu duga.

PEMILIHAN 
Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

Panduan penting UKCG
Bagi ujian bertulis, calon mestilah bersedia untuk menjawab soalan Kuantitatif, Bahasa Inggeris, INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), Analitikal dan Verbal.

Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) Maktab Perguruan. Bagi mereka yang bakal menduduki UJIAN KELAYAKAN CALON GURU untuk memasuki Institut Pendidikan Guru atau IPG, berikut adalah Contoh Soalan INSAK untuk Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Soalan INSAK lebih menjurus kepada soalan untuk menguji inventori sahsiah guru yang merangkumi kejujuran, tanggungjawab, ikhlas, amanah, dan sifat-sifat terpuji yang harus ada pada seorang guru.


Contoh Soalan UKCG

UJIAN KELAYAKAN CALON GURU terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu :

A. SESI UJIAN BERTULIS. 

√ Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.


B. SESI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL . 
√ Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal. 
√ Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali 
Pendidikan Jasmani.
√ Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan 

C. SESI UJIAN AMALI. 
√ Calon yang memohon Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi UKCG. 

3.  SESI TEMU DUGA 

√ Calon yang lulus UKCG akan dipanggil untuk sesi temu duga. 

√ Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG. 

Contoh Soalan UKCG
1)  Isu PPSMI-setuju/tidak dimansuhkan?kenapa? 
2) PIPP – apakah yang dimaksudkan dengan sekolah kebangsaan,bagaimana untuk memperkasa sekolah kebangsaan, baca secara ringkas dan fahami setiap elemen dalam PIPP 
3) 1Malaysia - apakah slogan, konsep, ada dua aspek iaitu teras perpaduan dan nilai aspirasi, teras perpaduan terdiri daripada penerimaan. keadilansosial, prinsip kenegaraan.nilai aspirasi antaranya kebijaksanaan,kesetiaan,….apa beza 1Malaysia dengan Malaysian Malaysia. 
4) Sila hafal nama menteri-menteri terutama menteri pelajaran, timbalan menteri pelajaran, ketua pengarah pelajaran. 
5) Apakah cabaran guru? 
6) Simple question-kenapa minat jadi cikgu? 
7) Apa beza sekolah cluster, sekolah wawasan dgn sekolah bestari 
8) Siapakah bapa pembangunan, pemodenan, kemerdekaan 
9) Sanggupkah kalau kamu akan dihantar ke Sabah atau Serawak atau sekolah luar Bandar yang serba kurang. 
10) Pandangan anda berkenaan dengan isu semasa terutama isu yang berkaitan dengan perguruan. Contohnya isu PPSMI.











Sumber:

Nota Peringatan: Soalan ini bukan soalan sebenar, sekadar perkongsian dan panduan sahaja.

Dicatat oleh Nuriz Safa di 7:23 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Khamis, 19 Mac 2015

Cepatnya masa!!

Salam senyum,cepat masa berlalu tup tup  18 tahun dah umur aku,sat ja masa sampai aku sendiri pun tak sedar berapa cepat masa berjalan.Ada orang pernah cakap masa tak menunggu kita,tapi kita yang menunggu masa skemanya ayat..hihihi..tapi takpa walaupun masa makin cepat berjalan keep move on.Next step,aku nak kena pikir macam mana hidup aku lepas ni kalau dah masuk universiti memang la ni surat tawaran sambung belajar banyak yang sampai,ada macam jenis ipts sampai nama ipts tak pernah dengaq pun ada cuma ja la ni tengah dok tunggu tawaran temuduga,mintak2 aku dapat sambung mengaji dalam bidang yang aku minat sangat2.Mama aku asyik dok suruh aku kuruskan badan aku yang gemuk ni tapi memang gemuk pun.Dia cakap esok2 dok kat u lagi payah tapi aku harap sangat aku boleh sambung masuk U.Aku nak bagi mama ngan baba bangga almaklumlah anak sulung kena jadi contoh terbaik kat adik-adik.Insha Allah adikadik aku pun akan berjaya macam kakak dia yang sweet macam orang kedah selau dok sebut manis leting..tapi apapun aku pun hope kawan2 aku boleh berjaya dan dapat apa yang depa nak..Usaha tangga kejayaan..BUDAK KEDAH MEMANG AWESOME..
Dicatat oleh Nuriz Safa di 12:37 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Rabu, 18 Mac 2015

GOT7 JACKSON PNG





Dicatat oleh Nuriz Safa di 11:47 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

KARA YOUNGJI PNG




Yang ni ja sempat buat..Kalau nak ambik silakan..
Dicatat oleh Nuriz Safa di 11:43 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Bahasa Melayu Kedah Ulu

Salam senyum,Sapa kata bahasa baling ni bahasa yang teruk.Excuse me buat pengetahuan sapa2 yang dok kutuk bahasa baling jangan dok buat perlekeh nah dalam wikipedia pun ada tau pasal bahasa baling ni.Ni apa yang aku dapat daripada wikipedia,Bahasa Melayu Kedah Hulu atau juga dikenali sebagai "Basa Ulu" atau "Cakak Ulu" ini merupakan salah satu dialek dan loghat yang dituturkan masyarakat Malaysia di Negeri Kedah di daerah Baling, Sik dan Padang Terap. Di katakan orang Melayu di Daerah Baling dan Sik di Kedah dan di Daerah Hulu Perak (Gerik, Pengkalan Hulu, Lenggong, Selama), adalah berketurunan Melayu Patani yang melarikan diri dari Patani sekitar abad ke 18 akibat peperangan antara kerajaan Melayu Patani dan Siam. Kawasan-kawasan tersebut secara geografinya bersempadan dengan negara Thai. Orang Patani adalah serumpun dengan orang Kelantan, jadi mereka mempunyai dialek Melayu yang sama. Maka tidak hairanlah jika dialek Melayu di Hulu Kedah dan Perak itu hampir menyamai Bahasa Melayu Pattani, Bahasa Melayu Kelantan dan Bahasa Melayu Terengganu juga Bahasa Melayu Perak Ulu. Perbezaan antara kedua-dua dialek itu berlaku disebabkan oleh faktor masa dan jarak tempat setelah hampir 200 tahun. Hakikatnya, mereka adalah orang-orang yang berasal dari rumpun yang serupa. Dialek ulu ini juga sebenarnya dituturkan oleh penduduk-penduduk di beberapa kampung di Batu Kurau sehinggalah di Bukit Gantang.
Loghat Bahasa Kedah Ulu ini telah meresap dan bercampur perkataan dari Bahasa Melayu Kedah dan Bahasa Siam, maka ianya berlainan sedikit dari Bahasa Induknya iaitu Bahasa Melayu Pattani atau Bahasa Melayu Kelantan. Tetapi ianya juga agak sama dengan Bahasa Melayu Terengganu dan Bahasa Melayu Perak Ulu.
Contoh Perkataan:
Muka tepoh = Simpang tiga
Terekong -= Terkam
Jeromoh = Jumpa
Khomoh = Pengotor
Jukhey = Hujung (merujuk kepada bahagian tepi jemuran)
Jemorang = Pelantar
Plasa = Pangkin
Tebeng = Sengaja
Jueh - Bibir Mulut bawah terkeluar
Kesik - Takut
Rocoh - Cucuk
Tusuk - Sembunyi
Keliyek - Yang lembut/melekat seperti bancuhan tepung ubi
Kheng - Tahan
Terepa - Meluru
Kelero - Mundar mandir
Rophong - Tiada gigi
Jaong - Mendung
Seloteng - Comot/penuh dgn kotoran
Cokeh - Cungkil
Kothok - Pendek
Berjegel - Berjaga
Kerosek/merokeh - cari
Lepa - Ralik/leka
Hok - Tercekik
Khek - Luah
Besilirk - Banyak
BUDAK KEDAH MEMANG AWESOME..
Dicatat oleh Nuriz Safa di 8:42 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Kedah ala2 negAra jepun

Salam senyum..wah sekarang ni kecoh malaysia tengah alami musim bunga..huhuhu gila cantik tak terkecuali daripada senarai my kedah..kedah sekarang tengah musim bunga ala2 negara jepun ta payah nak susah nak melancong kat luar negara kat negara sendiri pun ada jimat kos.Aku ada la terbaca pasal bunga ni ,nama saintifik bagi pokok adalah tabebuia pallida,berbelit lidah kalu nak sebutNama lain bagi pokok banyak sangat sampai tak tertulis .Satu benda lagi yang spesial pasal bunga ni asal sebenar pokok dari mexico,florida,argentina,pulau carrebian dan banyak lagiFakta menarik lagi pasal pokok ni ketinggian dia boleh mencecah sampai 20 kaki dan pokok ni antibakteria dan antimalaria.Bak kata orang orang hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri..hmm ada kena mengena ka pepatah ni macam tak kena macam pelik ja..tapi apapun proud to be kedahan hihihi...BUDAK KEDAH MEMANG AWESOME...
Dicatat oleh Nuriz Safa di 7:02 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

JACKJI MOMENT FANART





Dicatat oleh Nuriz Safa di 2:04 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Usaha tangga kejayaan..

Hola..hola!!! i'm back..miss nya moment ni..time ni gathering dengan senior2 yg dah berjaya..kejayaan depa bagi inspirasi kat aku supaya aku berjaya.Bangga lihat kejayaan depa,aku harap dapat jadi macam depa suatu hari nanti.Walaupun keluarga depa kurang mampu dulu tapi mampu berjaya.Ni yang buat aku cemburu ni,bukan cemburu maksudnya aku tak suka sebab depa berjaya,aku seronok kalau benda macam tu boleh buat mama ngan baba aku pun bangga dapat anak macam aku..hihihi..So,aku pun berharap lah jugak yang kejayaan aku pada masa depan boleh inspirasi kat orang lain.Kita kalau nak berjaya tak perlu fikir apa halangan yang kita nak kena tempuh tapi kita fikir macam mana kita nak atasi halangan tu.Tak kira kita miskin ka,kaya ka,tua ka ataupun yang muda semua orang boleh kalu nak berjaya tapi usaha kena ada la jugak.Ni cakap nak berjaya tapi usaha hampeh walhal Allah S.w.t dah tetapkan haluan kita,kita hanya perlu usaha sampai boleh.Bak kata pepatah yang selau orang selalu sebutkan gagal sekali bukan bermaksudkan kita gagal selamanya.Banyak tokoh2 yg kita boleh jadikan contoh.Usaha tangga kejayaan,Prinsip aku senang ja"usaha sampai boleh,Insha Allah berjaya.BUDAK KEDAH MEMANG AWESOME
Dicatat oleh Nuriz Safa di 12:55 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Isnin, 9 Mac 2015

Sambung mengaji..sambung mengaji tapi kat mana..

Assalamualaikum,and hola-hola selalu hari ni aq nak kongsi sikit ngan hang pa semua yang nak sambung mengaji.La ni mudah search ja kat internet kan banyak tapi nak memudahkan kekawan aq ada letak link laman web tempat yang hang pa boleh sambung ngaji..

MARA
http://apponline.mara.gov.my/upimonline/

UITM
http://www.uitm.edu.my/index.php/en/

KPTM
http://www.kptm.edu.my/

IPB
http://www.ipb.edu.my/

kalau hang pa tau banyak lagi pasal mana-mana tempat search saja,mesti banyak punya tapi tengok jugak yang sesuai dengan result exam kita..GOOD LUCK.BUDAK KEDAH MEMANG AWESOME!!
Dicatat oleh Nuriz Safa di 8:59 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

bahasa kita kebanggaan kita

Assalamualaikum,hola hola dah berapa minggu x update blog naik kaku jari jemari.La ni sibuk sikit tak dak masa nak update,almaklumlah result SPM kan baru ja keluar.sibuk dok mengisi borang-borang nak sambung mengaji.Alhamdulillah rezeki jari jemari dapat lah 5 A tapi takpa asalkan jari jemari kredit semua subjek tu pun dah cukup.Ni sebenarnya bukan nak cerita pasal result tapi sebenarnya nak cerita pasal bahasa.Apa yang istimewa sangat pasal bahasa ni??.Baru-baru ni jari jemari ada lah online fb,lepas tu ada lah terbaca dlm satu group fb ni dok mengutuk bahasa sendiri,ada ka patut tak faham la jenis orang macam,kalau tak suka jangan la dok mengutuk kasar2 tak ka terasa orang yang selalu cakap bahasa yang sama dengan kita.Bahasa yang kita selalu dok cakap tu sepatutnya kita patut bangga,bukan semua orang boleh bercakap bahasa yang kita cakap.Apapun cuma nak cakap bangga lah bahasa kita sendiri.AKU ANAK JATI  BALING SAMPAI TUA PUN CAKAP BAHASA BALING,BAGI AKU BAHASA BALING PALING UNIK DI DUNIA...BUDAK KEDAH MEMANG AWESOME!!!
Dicatat oleh Nuriz Safa di 8:45 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Isnin, 23 Februari 2015

tips2 sebelum ambik result peperiksaan


Aduhai takutnya result SPM dh nk keluar,jantung ni dh mcm nk meletup dh.Berapa lah result aku nanti,harap2 la dpat result yg comel mcm orang dia,hihihi puji diri sendiri nampak.Cool down & tak yah nak stress2 sangat,satgi jadi lain lak.Untuk mengurangkan kekusutan yg ada dalam kepala yang semakin menyemak ni,kat bawah ni ada berapa tips yang nak dikongsi bagi meredakan kerisauan dan ketakutan dan juga segala ke yang berkaitan dgnnya.Malas cakap banyak kita stop dulu,klau  tulis banyak2 pun bukan ada orang baca.


Tips-tipsnya



1. Sebelum keluar rumah minta maaf dari ibu bapa korang. Salam diorang dan minta supaya mereka doakan korang dapat keputusan yang baik.


2. Sentiasa berselawat dan berzikir supaya hati kita tenang dan akan bersyukur keputusannya nanti.


3. Kalau boleh tu datang awal. Bukan apa nanti kalau korang terlewat korang sorang-sorang yang kene ambil. Tak ketakutnya namanya tu. Sekurang-kurang kalau datang awal boleh la ambil dengan kawan-kawan yang lain.


4. Perut korang kene diisi dengan makanan ok. Buat korang dapat keputusan teruk ini boleh mengelakkan korang supaya tidak pengsan kerana terkejut.


5. Jangan gelojoh nak ambil result. Jumpalah guru-guru dulu, rakan-rakan yang dah lama tak berjumpa lepas habis sekolah dulu. Minta maaf dari mereka sama.


6. Ambil keputusan dengan tenang. Jangan tunjuk muka korang yang tengah gelabah tu ok


7. Banyakkan berdoa supaya Allah akan memberikan keputusan korang dengan baik. 


8. Sesudah dapat result, ucapkan perkataan Alhamdulillah kalau keputusan korang baik dan kalau keputusan korang kurang baik, baliklah rumah dan tenangkan diri. Anggap itu bukan rezeki korang.
Dicatat oleh Nuriz Safa di 9:09 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

.

.
Instagram

TUAN PUNYA BLOG

TUAN PUNYA BLOG
NUR IZZATI AFANDI
18 YEARS OLD
FB:https://www.facebook.com/nurizzati.afandi
INSTAGRAM:https://instagram.com/nurizzatiafandi/
[close]

Blog Archive

  • ▼  2015 (12)
    • ▼  Mac (10)
      • Ujian Kelayakan Calon Guru IPG
      • Cepatnya masa!!
      • GOT7 JACKSON PNG
      • KARA YOUNGJI PNG
      • Bahasa Melayu Kedah Ulu
      • Kedah ala2 negAra jepun
      • JACKJI MOMENT FANART
      • Usaha tangga kejayaan..
      • Sambung mengaji..sambung mengaji tapi kat mana..
      • bahasa kita kebanggaan kita
    • ►  Februari (2)
      • tips2 sebelum ambik result peperiksaan

Bloglist

  • IcySnoWhite
    Menjelma Kembali
  • Cerita Jari Jemari
    Cepatnya masa!!
  • Diya Ariana
    Lama Tak Update Blog
  • Izzah Punya Story
    Jutaan Terima Kasih Kepada
  • ♥ Azza Afdzal ♥
    Wordless Wednesday # 25 ( Hampir Sebulan Dah Kahwin Sekarang Baru Nak Upload Gambar)
  • Capital H ! ツ
    Freebies : Background ( Kotak-Kotak )
  • Annyeonghaseyo ! Saranghamnida !
    Lee Teuk, Hyo-Rin: Isn't our baby PREETY?

Followers

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.
Tema Awang-gemawang. Imej tema oleh enjoynz. Dikuasakan oleh Blogger.